Sunday, April 15, 2018

Oh! ‘Rupanya’ Cinta Itu Bunga. Solidarity Festival, Art, Artivism, Collectivism.


















Photo credit  Sim Hoi Lin

‘Oh! Rupanya Cinta itu Bunga’, adalah sebuah idea tentang keterlibatan Seni, Aktivisme
dan kolektivisme khususnya di Kuala Lumpur dan Selangor. Berdasarkan keterlibatan ini,
sejak dari tahun 1998 sehingga kini, secara personal mahupun berkolektif, berkesenian
telah memberi kesan yang besar terutamanya dalam perkembangan Politik, Sosial,
pendidikan dan sebagainya di Malaysia.

Bermula tahun 2004, berterusan giat berkolektif di sekitar Shah Alam. Kami merupakan
sekumpulan pelajar dan seniman bergerak atas nama ‘Komuniti Jalan Kempas’ di ruangan
studio Jalan Kempas, Seskyen 3 yang aktif sejak tahun 2000 sebagai ruang latihan muzik,
berkumpul dan bekarya bersama. “Salah satu fokus utama komuniti ini adalah memerhati
dan mempelajari bagaimana sesebuah organisasi berfungsi, Jadi komuniti cuba
membentuk cara berorganisasi yang baru dimana, setiap kerja dilakukan bersama, tanpa
ada hieraki dalam organisasi dan keputusan yang diambil melalui konsensus. Pemilihan
nama ‘komuniti’ juga cuba menunjukkan yang ia bergerak secara komuniti dan terbuka,
dimana setiap orang akan dikira sebagai ahli komuniti jika mereka aktif bersama
membina aktiviti (open group).” KJK 2004

Pelbagai aktiviti dan acara telah di laksanakan sepanjang 2004-2006, terutamanya
keterlibatan Seni Aktivisme dalam merespon dan menyentuh isu semasa. Musik dan Mural
antara platform utama kami dalam berkegiatan dan juga sebagai medium penyampaian
yang berkesan dalam usaha menggabungkan kumpulan dan individu lain supaya bergerak aktif
dan bersuara dalam membangunkan serta memasyarakatkan kesenian.
“Ini adalah satu reaksi terhadap permasalahan dan kekurangan yang dirasakan berlaku
dalam amalan seni lokal. Secara khususnya, komuniti ini cuba menginjak satu pendapat
dengan pembentukan ruang alternatif (konsep ruang bukan fizikal) yang cuba
mengorganisasikan dan membentuk acara dalam ruang seni yang secara semulajadinya
tidak mendiskriminasi. Ia juga merupakan satu reaksi terhadap ruang setempat yang
tidak proaktif dengan aktiviti seni walaupun ia begitu berpotensi atas faktor-faktor
tertentu. Komuniti ini cuba menjadi penggerak ataupun pencetus idea dan digerakkan
bersama-sama dengan komuniti lain yang berkongsi idea yang sama atas dasar
perkembangan seni, kesedaran, dan perubahan positif.” KJK 2004

Lanjutan dari kesedaran itu, dalam penciptaan ruang alternatif, bergerak secara indipenden
dan bebas berkesenian telah tercetus dalam memberi gerakan terhadap perkembangan
seni setempat. Dengan semangat aktivisme, berkolektif memberi nilai yang interpersonal
dalam berinteraksi, berkreativiti dan beraksi bersama setelah hampir 20 tahun, seiring
dengan Pergerakan Reformasi di Malaysia.

No comments:

Post a Comment